teknik hafazan PROFAZZ

Ramai ibubapa nak jadikan anak-anak HUFFAZ kan?

Tapi sejauhmana usaha kita untuk menjayakan impian murni ini? Terus masukkan anak ke Madrasah Tahfiz? Nanti pandailah ustaz kat sana jadikan dia huffaz. Hemmmm...tak semudah itu darling ya😅

Terlebih dahulu jadikan anak-anak CINTAKAN ALQURAN. Macamana?

Dengan izin Allah, semoga tips di bawah ini memberi manfaat👇🏼

🌿IBUBAPA SEBAGAI ROLE MODEL🌿

Kita sebagai Ibubapa terlebih dulu kena jadi Ahlul Quran
- Ayah kena pandai baca quran kerana seorang ayah wajib menunaikan hak seorang anak dalam pendidikan al quran.
- ibu kena rajin baca quran kerana ibu biasanya paling rapat dengan anak2. Ibu yang terbaik biasanya melahirkan anak2 yang terdidik akhlaknya.

Tak tahu baca?
Jom gi belajar. Sampai bila nak tunggu?
Bila dah belajar, tahu ngaji dengan tajwid n makhraj yang betul...ajar suami jika suami pun belum pandai....ajar anak2....kata Nabi saw, "yang terbaik di kalangan kamu adalah yang belajar dan mengajar"....Buatlah demi Tuhanmu....hidupmu akan lebih indah...percayalah😊

🌿UMUR SESUAI BELAJAR MENGAJI🌿

Berapa umur paling sesuai untuk anak diajar mengaji al Quran? Saya mulakan pada usia 3-4 tahun. Mulakan dengan buku Iqra'.
Jika kita istiqomah mengajar, anak boleh habiskan iqra'nya dalam masa 1 tahun berbanding jika kita sub kat guru ngaji, anak masuk tahun 1 belum tentu habis Iqra'(kelas biasanya banyak takde dari ada dan lagi bilangan pelajar yang ramai menghadkan jumlah helai bacaannya). Jadi, jika kita sendiri yang ajar, biasanya menjelang anak 5 tahun atau selewatnya 6tahun, anak dah boleh baca "quran besar". Paling penting, pahalanya juga berterusan mengalir pada kita, setiap kali anak ini membacanya.

🌿TETAPKAN MASA MENGAJI🌿

Kita sendiri perlu tetapkan masa untuk menghabiskan 10muka atau 1 juzuk tu. Samada nak istiqomah baca selepas solat fardu atau ikut kesesuaian masa yg lain.
Takde istilah tak sempat masa kerana bak kata Prof Muhaya, waktu itu juga makhluk Allah. Kita doa minta dgn Allah supaya diberi keberkatan masa pada kita. Bila masa kita berkat, dalam 24jam tu kita boleh buat macam2.

🌿JADUAL MENGAJI KELUARGA🌿

Pastikan setiap malam anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal esoknya seawal 5.30 pagi untuk bersiap ke sekolah dan membaca Al Quran sebelum ke sekolah. Anak yang masih lambat bacaannya perlu menghabiskan 2muka dan anak yang lancar perlu habiskan 5muka (estimate masa 15minit).

🌿AMALAN SELEPAS MAGHRIB🌿

Ibubapa ajar anak2 baca quran. Anak yang dah mampu baca quran sendiri, tetapkan supaya baca 10 muka (estimate 20-30minit). Anak yang kecil dibetulkan bacaannya. Ibubapa perlu tegas supaya anak2 sedar tanggungjawab masing2. Berdoalah sentiasa agar Allah permudahkan urusan kita dalam menjadikan keluarga kita ahlul Quran

🌿AKTIVITI SETIAP HUJUNG MINGGU/CUTI SEKOLAH🌿

Pastikan setiap hari anak yang mampu baca dengan banyak, menghabiskan bacaan sebanyak 2 juzuk sehari. Tetapkan masa dan bertegaslah dalam hal ini. Adakan jadual yang memperincikan waktu bangun, waktu tidur, waktu baca quran, belajar dan riadah.

🌿AMALAN SETIAP CUTI SEKOLAH YANG PANJANG🌿

Tempatkan anak2 di kem2 tahfiz yang bersesuaian dengan umur dan kemampuannya.

🌿PERLU KE ANAK TENGOK TV OR MAIN GAME DI HP/TAB?🌿

Jawapan saya👉TAK PERLU!!! HARAMKAN TV hari sekolah.
Nak bagi juga tengok tv? Pilih lah rancangan yang berfaedah sahaja..bukan rancangan berbentuk hiburan kerana dikhuatiri ia akan menumpulkan ingatan anak2. Sentiasa pantau anak. Lama2 anak-anak akan terbiasa. Jangan risau.

🌿AMALAN ZIKIR 1000X SEHARI MENAJAMKAN AKAL DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN....InsyaAllah🌿

Setiap ahli keluarga juga disyaratkan utk menghabiskan bacaan selawat 500-1000x setiap seorang selewat-lewatnya hingga jam 6petang. Setiap anak dibekalkan dengan 'counter zikir'. Anak2 biasanya hanya dibenarkan keluar utk beriadah setelah mereka menyelesaikan "tanggungjawab" masing-masing. (Amalan sndiri dan blm brkuatkuasa utk anak2)

Inilah rutin harian keluarga yang benar-benar ingin melahirkan huffaz cemerlang.

Anak-anak ini asalnya suci....seumpama sehelai kain putih, kitalah yang mencorakkan mereka. Lembutkan hati dan sahsiah mereka dengan al Quran. Jika acuannya sempurna..maka insyaAllah cantiklah hasilnya.

Andai coretan ini dirasakan bermanfaat, jadikanlah sebagai panduan. Semoga Allah melihat usaha kita lalu mempermudahkan segala-galanya.

~semoga sedikit ilmu yang disebarkan ini bisa menjadi hujjah di hadapan Allah kelak~

Rehan Sidik
-utk dptkn byk lg tips 'Islamic Parenting'
-wssp "PARENTING" ke 011-22022462