Kem Cuti Sekolah

Kem cuti sekolah.

Selain kem kem anjuran luar. Kem cuti di rumah juga berbaloi baloi. Upahnya makanan yang sedap.

1. Kutip dan buang sampab.

2. Kemas dan bersih meja makan.

3. Basuh pinggan mangkuk.

4. Sapu lantai.

5. Cuci jamban.

6. Mengasuh adik.

7. Jemur pakaian, angkat dan susun dalam almari.

8. Pilih reward.

Siapa kata anak anak lelaki tak boleh buat. Semua boleh. Walaupun tak sempurna melalui latihan insya Allah kelamaan makin baik.


teknik hafazan PROFAZZ

Ramai ibubapa nak jadikan anak-anak HUFFAZ kan?

Tapi sejauhmana usaha kita untuk menjayakan impian murni ini? Terus masukkan anak ke Madrasah Tahfiz? Nanti pandailah ustaz kat sana jadikan dia huffaz. Hemmmm...tak semudah itu darling ya😅

Terlebih dahulu jadikan anak-anak CINTAKAN ALQURAN. Macamana?

Dengan izin Allah, semoga tips di bawah ini memberi manfaat👇🏼

🌿IBUBAPA SEBAGAI ROLE MODEL🌿

Kita sebagai Ibubapa terlebih dulu kena jadi Ahlul Quran
- Ayah kena pandai baca quran kerana seorang ayah wajib menunaikan hak seorang anak dalam pendidikan al quran.
- ibu kena rajin baca quran kerana ibu biasanya paling rapat dengan anak2. Ibu yang terbaik biasanya melahirkan anak2 yang terdidik akhlaknya.

Tak tahu baca?
Jom gi belajar. Sampai bila nak tunggu?
Bila dah belajar, tahu ngaji dengan tajwid n makhraj yang betul...ajar suami jika suami pun belum pandai....ajar anak2....kata Nabi saw, "yang terbaik di kalangan kamu adalah yang belajar dan mengajar"....Buatlah demi Tuhanmu....hidupmu akan lebih indah...percayalah😊

🌿UMUR SESUAI BELAJAR MENGAJI🌿

Berapa umur paling sesuai untuk anak diajar mengaji al Quran? Saya mulakan pada usia 3-4 tahun. Mulakan dengan buku Iqra'.
Jika kita istiqomah mengajar, anak boleh habiskan iqra'nya dalam masa 1 tahun berbanding jika kita sub kat guru ngaji, anak masuk tahun 1 belum tentu habis Iqra'(kelas biasanya banyak takde dari ada dan lagi bilangan pelajar yang ramai menghadkan jumlah helai bacaannya). Jadi, jika kita sendiri yang ajar, biasanya menjelang anak 5 tahun atau selewatnya 6tahun, anak dah boleh baca "quran besar". Paling penting, pahalanya juga berterusan mengalir pada kita, setiap kali anak ini membacanya.

🌿TETAPKAN MASA MENGAJI🌿

Kita sendiri perlu tetapkan masa untuk menghabiskan 10muka atau 1 juzuk tu. Samada nak istiqomah baca selepas solat fardu atau ikut kesesuaian masa yg lain.
Takde istilah tak sempat masa kerana bak kata Prof Muhaya, waktu itu juga makhluk Allah. Kita doa minta dgn Allah supaya diberi keberkatan masa pada kita. Bila masa kita berkat, dalam 24jam tu kita boleh buat macam2.

🌿JADUAL MENGAJI KELUARGA🌿

Pastikan setiap malam anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal esoknya seawal 5.30 pagi untuk bersiap ke sekolah dan membaca Al Quran sebelum ke sekolah. Anak yang masih lambat bacaannya perlu menghabiskan 2muka dan anak yang lancar perlu habiskan 5muka (estimate masa 15minit).

🌿AMALAN SELEPAS MAGHRIB🌿

Ibubapa ajar anak2 baca quran. Anak yang dah mampu baca quran sendiri, tetapkan supaya baca 10 muka (estimate 20-30minit). Anak yang kecil dibetulkan bacaannya. Ibubapa perlu tegas supaya anak2 sedar tanggungjawab masing2. Berdoalah sentiasa agar Allah permudahkan urusan kita dalam menjadikan keluarga kita ahlul Quran

🌿AKTIVITI SETIAP HUJUNG MINGGU/CUTI SEKOLAH🌿

Pastikan setiap hari anak yang mampu baca dengan banyak, menghabiskan bacaan sebanyak 2 juzuk sehari. Tetapkan masa dan bertegaslah dalam hal ini. Adakan jadual yang memperincikan waktu bangun, waktu tidur, waktu baca quran, belajar dan riadah.

🌿AMALAN SETIAP CUTI SEKOLAH YANG PANJANG🌿

Tempatkan anak2 di kem2 tahfiz yang bersesuaian dengan umur dan kemampuannya.

🌿PERLU KE ANAK TENGOK TV OR MAIN GAME DI HP/TAB?🌿

Jawapan saya👉TAK PERLU!!! HARAMKAN TV hari sekolah.
Nak bagi juga tengok tv? Pilih lah rancangan yang berfaedah sahaja..bukan rancangan berbentuk hiburan kerana dikhuatiri ia akan menumpulkan ingatan anak2. Sentiasa pantau anak. Lama2 anak-anak akan terbiasa. Jangan risau.

🌿AMALAN ZIKIR 1000X SEHARI MENAJAMKAN AKAL DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN....InsyaAllah🌿

Setiap ahli keluarga juga disyaratkan utk menghabiskan bacaan selawat 500-1000x setiap seorang selewat-lewatnya hingga jam 6petang. Setiap anak dibekalkan dengan 'counter zikir'. Anak2 biasanya hanya dibenarkan keluar utk beriadah setelah mereka menyelesaikan "tanggungjawab" masing-masing. (Amalan sndiri dan blm brkuatkuasa utk anak2)

Inilah rutin harian keluarga yang benar-benar ingin melahirkan huffaz cemerlang.

Anak-anak ini asalnya suci....seumpama sehelai kain putih, kitalah yang mencorakkan mereka. Lembutkan hati dan sahsiah mereka dengan al Quran. Jika acuannya sempurna..maka insyaAllah cantiklah hasilnya.

Andai coretan ini dirasakan bermanfaat, jadikanlah sebagai panduan. Semoga Allah melihat usaha kita lalu mempermudahkan segala-galanya.

~semoga sedikit ilmu yang disebarkan ini bisa menjadi hujjah di hadapan Allah kelak~

Rehan Sidik
-utk dptkn byk lg tips 'Islamic Parenting'
-wssp "PARENTING" ke 011-22022462

Doa Perlindungan Dari Musibah

Doa Abu Darda vs kes Pedofil

doa ini asbab perlindungan.

Tapi ramai yang nampaknya tidak "tangkap" apa di sebalik doa ini.

Jadi posting kali ini saya tulis terang2.

Ibu2 dan bapa2..

Baca posting ini dengan baik.

Keadaan Akhlak masyarakat kita telah NAZAK!

Betapa MUSIBAH sedang melanda kita..Bila Allah Tarik nikmat keselamatan dari kita..Astaghfirullah... :-(

Jadi saya dengan rendah diri nya, memohon maaf, kerana saya, kurang berdoa utk umat, saya tidak bersungguh2 mengharap dan menangis memohon pertolongan Allah dan doakan hidayah kepada umat Nabi.. :-(

Sungguh, Sedar lah semua...bangun lah dari mimpi dunia.. Kita sekarang di dalam keadaan Nazak.

Pada ibu2 dan bapa2.. BACA dan HAFAL doa ini

BACA selepas SUBUH dan ASAR.

Ambil masa untuk bagi semua anak2 hafal doa ini inshaaAllah.

di sini saya kongsikan hadith berkenaan ABU DARDA' dan doa ini.

Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata: ”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!”

Abu Darda' menjawab: "Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya. Sekiranya doa ini dibaca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya di malam hari." Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini."

Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

*Kejayaan hanya akan datang dengan cara Nabi Muhammad SAW*

Semoga Allah lindungi kita semua...Amiin.

credit fb fauzan n siti

Handle kata-katamu Ibu Demi Anak Sihat Emosi








Handle Anak Suka Menangis

Kita ibu2, kalau boleh, nak hari yg tenang..betul?

Sehari pun jadi laaah…

Hari di mana bangun pagi, tenang, anak2 tak MENANGIS, MERAUNG…

Tapi….itu lah reality…Hidup kita penuh ceria bersama raungan dan tangisan anak2 kita…kalau di hitung..setiap 1 jam?..itu paling cool lah tu…hahaha

Biasa nya.. kita..kalau anak menangis kita akan cepat2 nak matikan tangisan itu..betul?

“Dah2, apa nangis2 ni, eeee malu laaaaa”

“Diam2, nanti ibu bagi gula2”..tak bagi pun kan?

“Diam lah, bising je, mama letih ni, dah2 diam..nanti mama panggil polis tangkap budak asyik menangis ni”.. tak panggil pun kan?

Aksi si bapak pulak?

“Ibu….ini anak menangis ni…dah pergi kat ibu…ayah nak rehat jap”…membantu?

Nak saya listkan lagi ke? Tak perlu lah kot, semua dah arif pasal ini.

Berbalik kepada Anak Menangis tadi.

Ibu2 pernah alami keadaan diamana… alahai, abg tercuit sikit pun adik dah maraung2 marah dan nangis?

Kenapa?

<3 Sebenarnya, anak akan menangis, bila tangki nangis dia penuh, nak penuh, dia kumpul dulu emosi2 nya,sakit fizikal, sakit hati, geram, letih, lapar semua tu dalam tangki..bila penuh, hanya perlukan sedikit sahaja trigger, meledak lah tangki tu macam bom atom, kita pulak, marah adik nya sebab kena sikit pun menangis..kita label dia apa???

MANJA!

Adakah anak itu manja atau kita yg tidak peka tentang stress berterusan dan yg berkumpul dlm jiwa nya?

Anak2 hanya perlukan tempat utk dia keluarkan secara berperingkat stress dari dalam jiwa dia…dengan cara ini, anak2 akan lebih tenang,dan tangki nangis dia lebih terkawal..tiadalah episode jiwa kacau dan meraung tak tentu hala itu…

Tapi kadang2 kita terlepas kan? Kita manusia..jadi anak meraung juga…tangki nya penuh dan meletup juga…

Jadi nak buat apa?

Nak ulang dialog di atas ke..mati kan tangisan itu ke?

Mari kita lihat antara sebab penting nya menangis.

:-) Menangis : Buang hormone ACTH ( hormone ini keluar bila stress).

:-) Menangis : Mengurangkan stress ( menurunkan tekanan darah, kadar denyut jantung dan suhu badan)

:-) Menangis : Penting di dalam membantu dlm mengurakan stress atau trauma mental dan fizikal.

<3 Kesimpulannya manangis ini penting! <3

Jadi anak menangis ni..nak buat apa..biar je dia menangis?

<3 Bila anak menangis, kita perlu.

1. Tanya

Adik, kenapa adik menangis? Mesti ada sebab adik menangis, cakap pada mama..

Kalau anak itu belum boleh bercakap, kita cadangkan..

Adik letih ya?, mari mama peluk dan kita tidur, atau adik lapar? Mahu mama suap makan, Adik sakit?, di sini?.sambil gosok kaki dia..adik rindu pada mama ya? Sambil tarik dia dan peluk.

Secara tidak langsung akan dapat menyalurkan stress anak2 dgn cara yg teratur. InshaaAllah.

2. Alih perhatian

Selepas di tanya, dan di selesaikan urusan emosi nya, alih perhatian anak2 dari focus tangki nangis, tukar tempat pandangan mata dia, dan adakan pergerakan fizikal seperti kalau dia duduk, boleh dirikan dan minta utk berjalan2, kalau dia baring, duduk kan dan tepuk tangan, atau minta naka peluk kita kuat2…inshaaAllah dia akan lebih tenang.

3. Hargai

Hargai usaha anak mengeluarkan emosi dia,

“Terima kasih abang sebab ckp dgn mama kenapa abang menangis,”

Puji anak2 kerana berhenti menangis terutama nya jika di tempat awam “ Terima kasih adik sebab berhenti menangis , peluk mama kuat2, mama peluk adik kuat2, mama sayang adik “ sebagai dorongan pada di utk belajar mengawal dan meluahkan emosi dgn cara yg sihat.

4. Menyatakan kemaafan

Kita dahulu ucap kemaafan “ mama minta maaf, mama tak perasan adik tak selesa, adik rindu mama” ini adalah contoh akhlak yg baik utk di terapkan kepada anak2, anak2 akan menajdi org yg tidak lokek utk meminta maaf dan memaafkan .. InshaaAllah <3

Jadi lepas ini kita akan lebih faham dan tenang bila berhadapan dengan situasi anak menangis

Jangan di matikan tangisan anak2 dgn cara2 paksaan dan ugutan, kerana ia akan menyebabkan ganguan pada emosi anak2, tangki nya akan di paksa kering, lama kelamaan , ia akan mati, dan hasil nya anak yg tidak mempunyai perasaan simpati dan gagal untuk mengawal emosi dengan baik.

* Tiada yang Allah jadikan itu sia2, kita akan memandang nya sia2 jika pandangan mata kita kosong tanpa ilmu *

Kepada ibu bapa yg lain, jangan berikan pandangan pelik ‘apa lah mak bapak tak reti jaga anak meraung tak tentu hala’ , cuba pandang anak anda, tangki nya bagaimana? Belum penuh? Kering ? Mati ?

credit fb fauzan n siti

Zikir dan Doa Bila Terjaga Tengah Malam

Sebagai ibu kepada anak yg masih kecil, keletihan tidak dapat tidak adalah sebahagian dari diri ini.

Kesungguhan utk melakukan ibadah waktu malam adalah suatu kelebihan yg memerlukan pengorbanan.

Di sini kami kongsikan doa dan amalan yang boleh di buat ketika terjaga waktu malam ( menyusukan anak2, anak menangis atau apa sahaja sebab )

Allah maha pengasih.

Dari 'Ubadah bin Shamit Radhiallahu'anhu, dari Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam beliau bersabda: "Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.
BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Kemudian dia mengucapkan:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Allaahummaghfir lii.

Ya Allah, ampunilah dosaku.

Atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan shalat maka akan diterima shalatnya."

HR. al-Bukhari 1103, Abu Dawud 5060, at-Tirmidzi 3414 dan Ibnu Majah 3878, shahih.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di Dunia dan Akhirat kelak.

Selamat Beramal <3


Solat 5 Waktu Dan Ucaplah i love u Anak-anak

Selalu org cakap..

"Selalu lah sebut.. i love you, doa yg baik2 pada anak2"..betul?

Tapi kita selalu pikir...banyak mana...bila...sempat ke...asyik lupa...kerja banyak...alasan kalau nak list kan takkan habis...

Kita perlu ucapkan sayang dan doakan yg baik2 pada anak2 minimum 5 kali sehari...

bila?

<3 Setiap kali lepas solat <3

Kita Solat wajib 5 kali kan..

Pagi, tengah hari, petang, malam , lewat petang dan malam.

Lihat Allah susun spesifik masa..dia rangkulkan setiap waktu untuk kita Ingat Dia, Sembah Dia, Berterima kasih pada Dia, perbaharui Kalimah kita...

Allah dah bagi kita masa terbaik.

Jadi ambil lah waktu ini juga selain dari memperingati anak2 tentang kebesaran Allah, mengingati Allah, Kita juga igt kan anak kita tentang sayang kita pada mereka, kita nyata doa untuk mereka dan kata2 semangat utk mereka.

Lepas solat pandang anak2..

"i love you, Abang anak yang Soleh, anak yang taat perintah Allah, Terima kasih sebab jadi anak yang baik"

Buat lah..

5 kali sehari...

ibu2 akan rasai kesannya.

Anak2 akan menjadi seperti yg kita sebutkan dgn izin Allah.

Jangan lepas solat..laju2 lipat seejadah...capai talifon check WA dan FB.

Eh!

Tips Anak Tidak Bergaduh Boleh Main Sama-sama

Anak rapat, tidak bergaduh dan saling mengasihi antara mereka.
..................................................................

Selalu org tanya saya, apa tips anak2 saya tidak bergaduh, boleh main bersama baik2. Alhamdullillah segalanya dari Allah, mereka ada selisih juga sikit2 tapi tiada yg kuat, setakat usik2 itu biasa, tapi tidak sampai bergaduh , berebut, berlawan mulut atau sakit fizikal ( cubit, pukul).

Jadi hari ini inshaaAllah ,saya kongsikan beberapa tips yg saya buat dan amalkan utk anak2 yg saling menyayangi, tidak bergaduh dan saling bantu membantu antara mereka.

<3 Doa : Amalkan Doa ini dari surah Al Furqan ayat 74, kenapa doa ini, cuba teliti maksud doa ini? Salah satu yg kita minta adalah zuriat yg menyejukkan mata kita, sudah pasti anak2 yg baik, saling menyayangi dan tidak bergaduh juga termasuk di dlm kreatiria anak yg menyejukkan mata..betul?

<3 Cara makan Sunnah, Kami makan sekali dari satu tempat ( pingan besar,talam jika ada) dengan lapik suprah, duduk sekali, berkongsi rezeki sambil memuji Allah atas rezeki yg di berikan. Kesan luar biasa, buat lah, saya boleh tulis kesan2 nya, tapi kalau tak buat, tak kan rasa kesan hebat Sunnah ini. Memang akan terubat sifat tamak, penting diri serta kedekut.

<3 Meningatkan anak2 tentang kebaikan anak lain pada mereka, Saya, jika salah satu anak2 buat sesuatu yg baik pada anak yg lain, saya akan sebutkan walaupun benda yg kecil dan remeh....contoh bila Maryam ambilkan air utk Faris, saya akan sebutkan…”MasyaaAllah, How lucky Faris is, to have Maryam that love him so much, Maryam even help him with his drink.” Saya cakap pada Faris, dan faris akan angguk2..ckp thank you dan peluk Maryam.. Saya tidak hanya berckp “ oh , Thank you Maryam”..saya korban sikit masa saya utk berckp utk kesan yg lebih mendalam pada anak2.

<3 Tidak mengulang cerita atau episod negative pada anak2 : Ramai yang jatuh dalam perangkap ini…bila adik kacau abang sekali… ibu2 akan buat re enforcement dalam otak abg.. contoh : “ Abang, jangan main dekat2 dengan adik, nanti adik kacau”…adik tak kacau pun lagi kan?..abang terus set dlm otak…ADIK ITU PENGACAU..dok jauh2…Macam mana nak timbul rasa cinta dan sayang kalau awal2 dah tanam dendam.

<3 Menceritakan pada anak lain die hadapan anak satu lagi yg mereka saling merindui. Ini saya memang selalu buat, jika Haris ke kelas robotic, bila faris atau Aisyah bertanya Haris di mana, bila Haris balik, saya akan ckp pada haris di hadapan Faris atau Aisyah, “ You know Haris, Faris was asking about you when you were in Robotic class, How they miss you and keep thinking about you”…Haris akan merasa di hargai, dia akan tanya, “Did you guys really miss me? “ adik2 pun angguk2 sambl peluk dia, Haris pun ckp lah dia pun rindu…Bahagia sangat…

<3 Libatkan aktiviti bersama, Dari kecil, bila anak dah masuk 2, jgn dia asingkan abg atau kakak nya dari hidup adik, kadang2 kita rasa mudah bila abg atau kakak x kacau adik, senang kita nak buat kerja siapkan adik dan sebagainya, silap, seharusnya, ajak anak yg besar dlm urusan bersama adik, contoh..adik nak mandi ..pesan pada abang.. “ Along, adik nak mandi lagi 5 minit, jom tolong ibu pilih baju adik, ambil nappy adik, minyak angina adik, kita letak sini, mesti adik suka along tolong adik ni.. adik sayang along, mama sayang along” macam tu…ini tidak….” Dah jgn usik2 adik tu, dok depan, main, adik nak mandi” dengan respond negative itu, along akan rasa adik dah ambil alih cinta ibu, adik mengganggu, adik tak best, secara tidak langsung akan timbul cemburu dan dendam ( negative association dengan adik nya)

<3 Sentiasa mengucapkan maaf dan saya maafkan. Ini sesuatu kewajipan di dalam keluarga kami, terlanggar pun mesti berhenti minta maaf dan yg di langgar mesti ucapkan " saya maafkan awak"…buat lah ibu2, mula2 rasa janggal, lama2 akan rasa kesan nya, anak2 akan belajar menghormati, belajar yg insan lain juga ada hak mereka dan belajar utk tidak berdendam.

InshaaAllah, semoga perkongsian yg sedikit ini menjadi asbab kepada pertolongan Allah pada semua. Allah juga lah yang memegang hati2 manusia..Allah juga lah tempat kita bergantung harap.

Credit FB fauzan n siti

Ajar anak lukis step by step bhyte

Nak ajar anak melukis tapi tangan 'takde seni'. hehehe.
jadi, kita buatlah step by step mcm gambar² ni. janji resultnya jadi 😅









Niat masa baca Al Quran

Niat masa baca Al Quran.
Kuliah: Ustazah Norhafizah Musa
Imam Ibnu Kathir mengatakan "Niat lebih gagah/lebih hebat dari amal itu sendiri". Untuk dapat kehebatan amal, niat mesti hebat. Sebelum baca Quran halusi niat dan mohon mendapatkan apa yang kita niatkan. Ia akan memberi kesan kepada kehidupan kita secara maknawi atas ganjaran dari Allah S.W.T.
1. Mohon untuk mendapat syafa'at al-Quran (al-Quran menjadi teman kita, memberi kebaikan dan membantu kita di hari yang kita susah nanti, insyaAllah).
“Bacalah al-Qur’an kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada para ahlinya.” (HR. Muslim)
2. Mohon ditambah kebaikan. Dapat dirasai selagi kita baca al-Quran, ibaratnya terasa bertambah curahan kebaikan/kekayaan/pahala kepada kita sehingga membuatkan kita tidak terasa untuk berhenti dan kita akan membacanya dalsm kudrat kemampuan kita.
“Siapa saja membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan 10 kali lipatnya.” (HR. At-Tirmidzi).
3. Mohon selamat dari api neraka.
"Kalau adalah terkumpul Quran dalam hati-hati manusia, maka ia tidak akan dibakar api neraka"
4. Memakmurkan hati kerana membaca al-Quran menjadi "basuhan", menghidupkan hati dari menjadi busuk, usang dan menjadi tempat benda-benda yang merbahaya.
“Sesungguhnya barang siapa yang dalam dirinya tiada bacaan al quran maka ia seperti halnya rumah yang usang”
5. Mohon untuk diamalkan setiap yang kita baca. Baca al- Quran sebaiknya dengan elok2, tenang dan tartil. Kedudukan kita/darjat kita ditentukan dengan kedudukan ayat/bacaan kita yang terakhir kita baca di dunia ini.Contohnya jika ayat terakhir yang dibaca itu berkenaan jihad, maka kedudukan berjihadlah pembacanya kelak walaupun pembacanya tidak meninggal semasa berjihad.
Dikatakan kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada darjat2 syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya dengan tartil didunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.” (HR. Ahmad).
6. Jadikan al- Quran sebagai syifa/ubat/ kepada hati-hati yang berpenyakit dan kelemahan tubuh badan kita.
"Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ....." (Al Isra' 17:82)
7. Mohon ia menenangkan hati yang gundah gulanah bila membaca al-Quran dengan tartil. Nafsu dan hati yang liar/bergolak hanya dapat ditenangkan dengan rawatan kembali kepada al-Quran dan membacanya dengan tartil. Bacalah sehingga tenang.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dgn zikrullah". Ketahuilah dgn "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" (Ar-Ra'd 13:28)
8. Mohon supaya hati hidup, bercahaya dan hilang kesedihan digantikan dengan yang baik.
9. Mohon menjadi penyebab mendapat hidayah yang sempurna."Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa" (Al Baqarah 2:2)
10. Mohon hidup tidak terlerai dari al-Quran dan kita dibangkitkan kelak dengan syafa'at al-Quran.
Kata Imam Ibnu Kathir: "Sesiapa hidup atas sesuatu (meng hambakan diri) biasanya dia akan mati disebabkan sesuatu itu dan dia dibangkitkan dgn sesuatu itu"
"Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah sangkaan mereka.