Kita ibu2, kalau boleh, nak hari yg tenang..betul?
Sehari pun jadi laaah…
Hari di mana bangun pagi, tenang, anak2 tak MENANGIS, MERAUNG…
Tapi….itu lah reality…Hidup kita penuh ceria bersama raungan dan tangisan anak2 kita…kalau di hitung..setiap 1 jam?..itu paling cool lah tu…hahaha
Biasa nya.. kita..kalau anak menangis kita akan cepat2 nak matikan tangisan itu..betul?
“Dah2, apa nangis2 ni, eeee malu laaaaa”
“Diam2, nanti ibu bagi gula2”..tak bagi pun kan?
“Diam lah, bising je, mama letih ni, dah2 diam..nanti mama panggil polis tangkap budak asyik menangis ni”.. tak panggil pun kan?
Aksi si bapak pulak?
“Ibu….ini anak menangis ni…dah pergi kat ibu…ayah nak rehat jap”…membantu?
Nak saya listkan lagi ke? Tak perlu lah kot, semua dah arif pasal ini.
Berbalik kepada Anak Menangis tadi.
Ibu2 pernah alami keadaan diamana… alahai, abg tercuit sikit pun adik dah maraung2 marah dan nangis?
Kenapa?
<3 Sebenarnya, anak akan menangis, bila tangki nangis dia penuh, nak penuh, dia kumpul dulu emosi2 nya,sakit fizikal, sakit hati, geram, letih, lapar semua tu dalam tangki..bila penuh, hanya perlukan sedikit sahaja trigger, meledak lah tangki tu macam bom atom, kita pulak, marah adik nya sebab kena sikit pun menangis..kita label dia apa???
MANJA!
Adakah anak itu manja atau kita yg tidak peka tentang stress berterusan dan yg berkumpul dlm jiwa nya?
Anak2 hanya perlukan tempat utk dia keluarkan secara berperingkat stress dari dalam jiwa dia…dengan cara ini, anak2 akan lebih tenang,dan tangki nangis dia lebih terkawal..tiadalah episode jiwa kacau dan meraung tak tentu hala itu…
Tapi kadang2 kita terlepas kan? Kita manusia..jadi anak meraung juga…tangki nya penuh dan meletup juga…
Jadi nak buat apa?
Nak ulang dialog di atas ke..mati kan tangisan itu ke?
Mari kita lihat antara sebab penting nya menangis.
:-) Menangis : Buang hormone ACTH ( hormone ini keluar bila stress).
:-) Menangis : Mengurangkan stress ( menurunkan tekanan darah, kadar denyut jantung dan suhu badan)
:-) Menangis : Penting di dalam membantu dlm mengurakan stress atau trauma mental dan fizikal.
<3 Kesimpulannya manangis ini penting! <3
Jadi anak menangis ni..nak buat apa..biar je dia menangis?
<3 Bila anak menangis, kita perlu.
1. Tanya
Adik, kenapa adik menangis? Mesti ada sebab adik menangis, cakap pada mama..
Kalau anak itu belum boleh bercakap, kita cadangkan..
Adik letih ya?, mari mama peluk dan kita tidur, atau adik lapar? Mahu mama suap makan, Adik sakit?, di sini?.sambil gosok kaki dia..adik rindu pada mama ya? Sambil tarik dia dan peluk.
Secara tidak langsung akan dapat menyalurkan stress anak2 dgn cara yg teratur. InshaaAllah.
2. Alih perhatian
Selepas di tanya, dan di selesaikan urusan emosi nya, alih perhatian anak2 dari focus tangki nangis, tukar tempat pandangan mata dia, dan adakan pergerakan fizikal seperti kalau dia duduk, boleh dirikan dan minta utk berjalan2, kalau dia baring, duduk kan dan tepuk tangan, atau minta naka peluk kita kuat2…inshaaAllah dia akan lebih tenang.
3. Hargai
Hargai usaha anak mengeluarkan emosi dia,
“Terima kasih abang sebab ckp dgn mama kenapa abang menangis,”
Puji anak2 kerana berhenti menangis terutama nya jika di tempat awam “ Terima kasih adik sebab berhenti menangis , peluk mama kuat2, mama peluk adik kuat2, mama sayang adik “ sebagai dorongan pada di utk belajar mengawal dan meluahkan emosi dgn cara yg sihat.
4. Menyatakan kemaafan
Kita dahulu ucap kemaafan “ mama minta maaf, mama tak perasan adik tak selesa, adik rindu mama” ini adalah contoh akhlak yg baik utk di terapkan kepada anak2, anak2 akan menajdi org yg tidak lokek utk meminta maaf dan memaafkan .. InshaaAllah <3
Jadi lepas ini kita akan lebih faham dan tenang bila berhadapan dengan situasi anak menangis
Jangan di matikan tangisan anak2 dgn cara2 paksaan dan ugutan, kerana ia akan menyebabkan ganguan pada emosi anak2, tangki nya akan di paksa kering, lama kelamaan , ia akan mati, dan hasil nya anak yg tidak mempunyai perasaan simpati dan gagal untuk mengawal emosi dengan baik.
* Tiada yang Allah jadikan itu sia2, kita akan memandang nya sia2 jika pandangan mata kita kosong tanpa ilmu *
Kepada ibu bapa yg lain, jangan berikan pandangan pelik ‘apa lah mak bapak tak reti jaga anak meraung tak tentu hala’ , cuba pandang anak anda, tangki nya bagaimana? Belum penuh? Kering ? Mati ?
credit fb fauzan n siti
No comments:
Post a Comment