Ajar anak lukis step by step bhyte

Nak ajar anak melukis tapi tangan 'takde seni'. hehehe.
jadi, kita buatlah step by step mcm gambar² ni. janji resultnya jadi 😅









Niat masa baca Al Quran

Niat masa baca Al Quran.
Kuliah: Ustazah Norhafizah Musa
Imam Ibnu Kathir mengatakan "Niat lebih gagah/lebih hebat dari amal itu sendiri". Untuk dapat kehebatan amal, niat mesti hebat. Sebelum baca Quran halusi niat dan mohon mendapatkan apa yang kita niatkan. Ia akan memberi kesan kepada kehidupan kita secara maknawi atas ganjaran dari Allah S.W.T.
1. Mohon untuk mendapat syafa'at al-Quran (al-Quran menjadi teman kita, memberi kebaikan dan membantu kita di hari yang kita susah nanti, insyaAllah).
“Bacalah al-Qur’an kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada para ahlinya.” (HR. Muslim)
2. Mohon ditambah kebaikan. Dapat dirasai selagi kita baca al-Quran, ibaratnya terasa bertambah curahan kebaikan/kekayaan/pahala kepada kita sehingga membuatkan kita tidak terasa untuk berhenti dan kita akan membacanya dalsm kudrat kemampuan kita.
“Siapa saja membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan 10 kali lipatnya.” (HR. At-Tirmidzi).
3. Mohon selamat dari api neraka.
"Kalau adalah terkumpul Quran dalam hati-hati manusia, maka ia tidak akan dibakar api neraka"
4. Memakmurkan hati kerana membaca al-Quran menjadi "basuhan", menghidupkan hati dari menjadi busuk, usang dan menjadi tempat benda-benda yang merbahaya.
“Sesungguhnya barang siapa yang dalam dirinya tiada bacaan al quran maka ia seperti halnya rumah yang usang”
5. Mohon untuk diamalkan setiap yang kita baca. Baca al- Quran sebaiknya dengan elok2, tenang dan tartil. Kedudukan kita/darjat kita ditentukan dengan kedudukan ayat/bacaan kita yang terakhir kita baca di dunia ini.Contohnya jika ayat terakhir yang dibaca itu berkenaan jihad, maka kedudukan berjihadlah pembacanya kelak walaupun pembacanya tidak meninggal semasa berjihad.
Dikatakan kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada darjat2 syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya dengan tartil didunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.” (HR. Ahmad).
6. Jadikan al- Quran sebagai syifa/ubat/ kepada hati-hati yang berpenyakit dan kelemahan tubuh badan kita.
"Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ....." (Al Isra' 17:82)
7. Mohon ia menenangkan hati yang gundah gulanah bila membaca al-Quran dengan tartil. Nafsu dan hati yang liar/bergolak hanya dapat ditenangkan dengan rawatan kembali kepada al-Quran dan membacanya dengan tartil. Bacalah sehingga tenang.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dgn zikrullah". Ketahuilah dgn "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" (Ar-Ra'd 13:28)
8. Mohon supaya hati hidup, bercahaya dan hilang kesedihan digantikan dengan yang baik.
9. Mohon menjadi penyebab mendapat hidayah yang sempurna."Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa" (Al Baqarah 2:2)
10. Mohon hidup tidak terlerai dari al-Quran dan kita dibangkitkan kelak dengan syafa'at al-Quran.
Kata Imam Ibnu Kathir: "Sesiapa hidup atas sesuatu (meng hambakan diri) biasanya dia akan mati disebabkan sesuatu itu dan dia dibangkitkan dgn sesuatu itu"
"Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah sangkaan mereka.

Sedekah dan Berdoalah

Ustaz jamal terus bagitau saya "kalau anta bagi ceramah dengan mak ayah.. Boleh anta bagitau mereka benda penting ni? Sangat penting..!"
Saya kata "masyaAllah ustaz boleh.. Apa ek ustaz?"

Ustaz jamal kata "bagitau semua bapa.. Buat amalan ni.. Setiap kali keluar rumah tolong bagi sedekah.. Kat masjid ke atau kat madrasah secara sembunyi.. Masa masukan duit dalam tabung rm1 ke rm10 ke.. Masa tu niat dalam hati.. YaAllah. Pecahkanlah batil2 (kejahatan) dalam diri aku, isteri aku, dan dalam diri anak aku.. YaAllah.. Pecahkanlah batil2 yang ada di keliling aku, keliling isteri aku, dan keliling anak aku.. Sbab apa.. Sebab begitu banyak batil2 kejahatan2 yg ada yg kita susah nak kawal zaman ni.. Hanya Allah boleh bantu.. Sebab apa masa sedekah.. Sebab masa sedekah secara sembunyi dalam hadith sebut masa tu dapat memadamkan kemurkaan Allah.. Masa tu kita niat insyaAllah niat kita dimakbulkan.."

Saya tak terfikir.. Bila ustaz jamal cakap macam tu.. Sya baru terfikir.. Begitu banyaknye sekarang ni batil2 yg berlaku di keliling kita.. Anak2 dengan terdedah dengan website2 yg x elok.. Wifi dan sebagainya.. Suami pulak terdedah dengan perkara2 yg menjadi sebab maksiat.. Isteri hari ni berapa ramai yg dikelilingi kebatilan.. Bermesra dengan suami orang.. Bergelak ketawa di office.. Suami terdedah boleh bergalak dengan isteri orang.. Benda2 ni semua kita xleh nak kawal.. Susah nak kawal.. Hanya denagn amalan shj minta Allah pecahkan..,YaAllah.. Ampuni dosa kami..

Ustaz jamal bgaitau lagi.. "Amalan ibu pula.. Setiap lepas solat fardhu... Doa benda yg sama.. YaAllah. Pecahkanlah batil2 (kejahatan) dalam diri aku, suami aku, dan dalam diri anak aku.. YaAllah.. Pecahkanlah batil2 yang ada di keliling aku, keliling suami aku, dan keliling anak aku.. Sebab doa ibu ni sangat makbul dan doa pula lepas solat fardhu.. Hadith nabi sebut doa sangat makbul leps solat fardhu.."

"Jangan lupa hidupkan bacaan hadith dalam rumah sebab bacaan hadith ad nur.. Akan masuk dalam hati anak2.. Anak2 dan kita sendiri sebagai ibu bapa yg x dengar hadith 3 hari beturut turut2 satu titik hitam melekat kat hati.. Bayangkan begitu lama anak3 kita x dengar bacaan2 hadith nabi dalam rumah kita.. Sebab tu hati kita gelap.. Gelap dengan nur cahaya quran dan hadith.. InsyaAllah ibu bapa yg jaga sungguh2 bacaan hadith di rumah anak akan jadi taat dan lembut hati..mudah taat perintah Allah dan mak ayah"
Saya tanya boleh ustaz cadangkan baca kitab apa utk kami orang awam ni? Ustaz jawab "kitab muntakhab ahadith karangan maulana yusuf al kandahlawi..warna hitam cetakan baru.. Baca setiap hari 5-10 minit dan setiap hadith ulang 3 kali.. Supaya betul2 meresap dalam hati..tak perlu ulas2.. Baca sahaja.."
YaAllah.. Saya rasa nasihat ni sangat penting dan berguna utk saya dan isteri saya dan semua orang.. Lepas makan saya terus amek buku nota dan terus salin apa yg ustaz jamal bagitau saya.. Setiap kali saya ceramah parenting di sekolah2 saya x pernah lupa utk bagitau perkara ni pada ibu bapa..
YaAllah.. Jagalah anak2 kami untuk kami.. Jauhkanlah anak2 kami isteri suami kami daripada maksiat dan dosa.. Kami x mampu yaAllah.. Kami lemah.. Dhoif.. Ampunilah kami... Amiiiin
Motivator Ummat,
Ustaz Khailil Razak
Bb Bangi

Tracing Ayat Al Quran

"Sukakah cikgu kalau melakar (menghafaz) Quran dalam hatimu?"
"Subhanallah.. tentu sekali saya nak!"
"Hmm.. begitulah juga di minda kita.. semakin banyak kita melakar dan menulis ditangan, semakin ingat di minda dan semakin kukuh di hati."
Cikgu besar memberi motivasi seperti biasa, tambahan lagi tugasnya sebagai kaunselor di klinik kaunseling islam di bawah Yayasan Nusrah.
"Cuba kamu bayangkan mahligai kamu di syurga nanti penuh dengan ayat-ayat Quran. Bagaimana? Kamu suka tak?"



DOWNLOAD SOFTWARE SINI

SIAPA SAYA DAN KENAPA?

Bismillahirrahmanirrahim.

 Ø§َÙ„ْØ­َÙ…ْدُÙ„ِÙ„ّÙ‡ِ اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُÙ„ِÙ„ّÙ‡ِ اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُÙ„ِÙ„ّÙ‡ِ 

Berkesempatan juga akhirnya saya create satu blog sebagai satu tempat untuk saya SAVE semua info mahupun ilmu yang saya dapati daripada pelbagai sumber. 
Dengan bahasa mudahnya, apa yang saya baca dan rasa bermanfaat, saya akan copy dan paste di sini.  
Pengalaman diri sendiri pun akan saya abadikan disini. Manalah tahu kan, esok-esok anak akan terjumpa blog umminya ni. hehe. 

Parenting, bahan bantu mengajar anak-anak mahupun murid-murid, agama. Semuanya lah :-D 

 Oh ya, Siapa saya? 

 Saya Wardah Rashid, seorang guru yang berdedikasi ;-) isteri solehah kepada seorang suami kurniaan Allah ibu mithali dan penyayang kepada anak-anak dan juga pengedar sah shaklee (Shaklee ID 858201) (hehehe.tapi blog ni bukan untuk cerita tentang shaklee) yang obses tentang benda-benda baik je. Jumpa je save jumpa je save. Jadi, sebelum apa-apa jadi pada semua NOTES,FILE dan URL yang saya save dalam Handphone ni, maka, create blog ni sebagai satu inisiatif.