Ustaz jamal terus bagitau saya "kalau anta bagi ceramah dengan mak ayah.. Boleh anta bagitau mereka benda penting ni? Sangat penting..!"
Saya kata "masyaAllah ustaz boleh.. Apa ek ustaz?"
Ustaz jamal kata "bagitau semua bapa.. Buat amalan ni.. Setiap kali keluar rumah tolong bagi sedekah.. Kat masjid ke atau kat madrasah secara sembunyi.. Masa masukan duit dalam tabung rm1 ke rm10 ke.. Masa tu niat dalam hati.. YaAllah. Pecahkanlah batil2 (kejahatan) dalam diri aku, isteri aku, dan dalam diri anak aku.. YaAllah.. Pecahkanlah batil2 yang ada di keliling aku, keliling isteri aku, dan keliling anak aku.. Sbab apa.. Sebab begitu banyak batil2 kejahatan2 yg ada yg kita susah nak kawal zaman ni.. Hanya Allah boleh bantu.. Sebab apa masa sedekah.. Sebab masa sedekah secara sembunyi dalam hadith sebut masa tu dapat memadamkan kemurkaan Allah.. Masa tu kita niat insyaAllah niat kita dimakbulkan.."
Saya tak terfikir.. Bila ustaz jamal cakap macam tu.. Sya baru terfikir.. Begitu banyaknye sekarang ni batil2 yg berlaku di keliling kita.. Anak2 dengan terdedah dengan website2 yg x elok.. Wifi dan sebagainya.. Suami pulak terdedah dengan perkara2 yg menjadi sebab maksiat.. Isteri hari ni berapa ramai yg dikelilingi kebatilan.. Bermesra dengan suami orang.. Bergelak ketawa di office.. Suami terdedah boleh bergalak dengan isteri orang.. Benda2 ni semua kita xleh nak kawal.. Susah nak kawal.. Hanya denagn amalan shj minta Allah pecahkan..,YaAllah.. Ampuni dosa kami..
Ustaz jamal bgaitau lagi.. "Amalan ibu pula.. Setiap lepas solat fardhu... Doa benda yg sama.. YaAllah. Pecahkanlah batil2 (kejahatan) dalam diri aku, suami aku, dan dalam diri anak aku.. YaAllah.. Pecahkanlah batil2 yang ada di keliling aku, keliling suami aku, dan keliling anak aku.. Sebab doa ibu ni sangat makbul dan doa pula lepas solat fardhu.. Hadith nabi sebut doa sangat makbul leps solat fardhu.."
"Jangan lupa hidupkan bacaan hadith dalam rumah sebab bacaan hadith ad nur.. Akan masuk dalam hati anak2.. Anak2 dan kita sendiri sebagai ibu bapa yg x dengar hadith 3 hari beturut turut2 satu titik hitam melekat kat hati.. Bayangkan begitu lama anak3 kita x dengar bacaan2 hadith nabi dalam rumah kita.. Sebab tu hati kita gelap.. Gelap dengan nur cahaya quran dan hadith.. InsyaAllah ibu bapa yg jaga sungguh2 bacaan hadith di rumah anak akan jadi taat dan lembut hati..mudah taat perintah Allah dan mak ayah"
Saya tanya boleh ustaz cadangkan baca kitab apa utk kami orang awam ni? Ustaz jawab "kitab muntakhab ahadith karangan maulana yusuf al kandahlawi..warna hitam cetakan baru.. Baca setiap hari 5-10 minit dan setiap hadith ulang 3 kali.. Supaya betul2 meresap dalam hati..tak perlu ulas2.. Baca sahaja.."
YaAllah.. Saya rasa nasihat ni sangat penting dan berguna utk saya dan isteri saya dan semua orang.. Lepas makan saya terus amek buku nota dan terus salin apa yg ustaz jamal bagitau saya.. Setiap kali saya ceramah parenting di sekolah2 saya x pernah lupa utk bagitau perkara ni pada ibu bapa..
YaAllah.. Jagalah anak2 kami untuk kami.. Jauhkanlah anak2 kami isteri suami kami daripada maksiat dan dosa.. Kami x mampu yaAllah.. Kami lemah.. Dhoif.. Ampunilah kami... Amiiiin
Motivator Ummat,
Ustaz Khailil Razak
Bb Bangi
Ustaz Khailil Razak
Bb Bangi
How to use slot machines in your casino - Mapyro
ReplyDeleteIt is very important 충청남도 출장샵 that you make sure that the bonus you get when you play slots will 익산 출장샵 be your money. 구리 출장안마 If 강원도 출장안마 you enjoy playing 김천 출장샵 slots,